Cara Untuk Membuat Aduan

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau tidak puas hati dengan perkhidmatan kami, anda boleh membuat aduan kepada kami melalui mana-mana satu daripada cara berikut:

  • Melalui laman web kami di sini,
  • Melalui surat ke Aras Bawah, Menara Boustead, 69 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
  • Melalui telefon di talian 1800-88-7080 atau +603-2116 6000 pada waktu kerja, dari 8.45 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat,
  • Melalui e-mel ke khidmatpelanggan@aham.com.my,
  • Melalui Perunding Perkhidmatan Pelanggan kami.

Untuk membantu kami menyiasat aduan anda dengan cekap, kami akan meminta anda memberikan
maklumat berikut:

  • Nama anda dan butiran hubungan,
  • Nama orang yang berurusan dengan anda,
  • Bentuk aduan,
  • Butiran tentang sebarang langkah yang telah anda ambil untuk menyelesaikan aduan anda,
  • Butiran tentang sebarang perbualan anda dengan kami yang ada kaitan dengan aduan anda,
  • Salinan sebarang dokumen yang menyokong aduan anda.

Jika anda tidak puas hati dengan cara aduan anda dikendalikan, atau penyelesaian yang kami berikan, anda boleh membuat aduan kepada Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”), Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (“FMOS”) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”), untuk penilaian luar bebas:

1. Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia

AlamatUndang-Undang, Kesetiausahaan & Hal Ehwal Kawal Selia
Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia
19-06-1, Tingkat 6, Wisma Tune,
19, Lorong Dungun, Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon+603-2092 3800 (Talian Terus ke Biro Aduan)
Nombor Faks+603-2093 2700
Alamat E-mellegalcomp@fimm.com.my
Laman Webhttp://www.fimm.com.my

Persekutuan Pengurus-Pengurus Pelaburan Malaysia (“FIMM”) diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) Malaysia sebagai sebuah organisasi swaatur. FIMM memainkan peranan untuk memastikan industri unit amanah terus berkembang maju, dan pada masa yang sama memastikan kepentingan pelabur dan orang ramai kekal sebagai keutamaannya. FIMM akan menjalankan penyiasatan yang sewajarnya terhadap sebarang aduan salah laku atau kegagalan mematuhi sebarang garis panduan atau peraturan oleh mana-mana Syarikat Pengurusan Unit Amanah (“UTMC”), Penasihat Unit Amanah Institusi (“IUTA”), Penasihat Unit Amanah Korporat (“CUTA”) atau Perunding Unit Amanah (“UTC”) yang dibawa kepada perhatian FIMM.

2. Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan

Ditubuhkan pada tahun 2025 hasil penggabungan antara Ombudsman Perkhidmatan Kewangan ("OFS") dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti ("SIDREC").

AlamatTingkat 14, Blok Utama Menara Takaful Malaysia,
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman,
50000 Kuala Lumpur.
Nombor Telefon+603-2272 2811
Alamat E-mel:https://www.fmos.org.my/en/feedback.html
Laman Webwww.fmos.org.my

Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan ("FMOS") telah ditubuhkan pada 1 Januari 2025 melalui penggabungan Ombudsman Perkhidmatan Kewangan ("OFS") dan Pusat Penyelesaian Pertikaian Industri Sekuriti ("SIDREC"). FMOS dilantik oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian kepada pengguna kewangan dan pelabur. FMOS merupakan platform yang bebas, tidak memihak, dan mudah diakses untuk menyelesaikan pertikaian kewangan dan pasaran modal yang melibatkan kerugian kewangan secara langsung. Perkhidmatan FMOS adalah percuma untuk pengguna kewangan dan pelabur.

3. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

AlamatJabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan,
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
No. 3, Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara,
50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon+603-6204 8999
Nombor Faks+603-6204 8991
Alamat E-meladuan@seccom.com.my
Laman Webhttps://www.sc.com.my/

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”) ialah badan berkanun yang diamanahkan dengan tanggungjawab mengawal selia dan membangunkan pasaran modal Malaysia secara sistematik. SC bertanggungjawab secara langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran dan mengawal selia semua orang yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Aduan SC menyiasat aduan tentang salah laku dan kesalahan lain dalam pasaran saham dan pasaran hadapan untuk menilai sama ada mereka mendedahkan kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Anda boleh membuat aduan kepada SC walaupun anda telah memulakan proses menyelesaikan pertikaian dengan SIDREC

Copyright © 2025 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design