Maklumat Pelabur

Pengurus Dana Luar
Jawatankuasa Pelaburan
Wakil Pengurus
Penasihat Syariah

AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd.

AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd. (AIIMAN)  ialah sebuah syarikat pengurusan pelaburan Islam yang menguruskan aset bagi dana persaraan, institusi, syarikat korporat, individu berharta dan golongan mewah.

AIIMAN, yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, yang merupakan hab kewangan Islam dunia, berusaha menyediakan penyelesaian pelaburan cemerlang dan inovatif yang memberi tumpuan kepada ekuiti Asia dan sukuk global.

AIIMAN telah menerima lesen Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana Islam yang dikawal selia pada 17 November 2008 dan merupakan anak syarikat milik penuh AHAM Asset Management Berhad dan ahli Kumpulan Perbankan Pelaburan Affin Hwang. AIIMAN juga menerima kelulusan SC pada 27 Disember 2018 untuk menjalankan aktiviti sebagai syarikat pengurusan unit amanah. Setakat tarikh semasa, AIIMAN mempunyai pengalaman lebih sembilan (9) tahun dalam industri pengurusan dana.

Untuk maklumat lanjut mengenai AIIMAN Asset Management, sila layari laman web firma.

Jumlah Nilai Unit Amanah di bawah Pengurusan AIIMAN: RM25bn

(Angka setakat pada 30 November 2022)

Peranan Jawatankuasa Pelaburan

Peranan jawatankuasa pelaburan ialah untuk merumuskan, menyusun dan melaksanakan strategi dan dasar pelaburan. Jawatankuasa pelaburan akan terus meninjau dan memantau kejayaan strategi dan dasar berpandukan penanda aras  yang ditentukan terlebih dahulu untuk mencapai prestasi Dana yang memuaskan. Jawatankuasa pelaburan juga akan memastikan garis panduan dan peraturan pelaburan dipatuhi. Jawatankuasa pelaburan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun atau lebih, sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Ahli Jawatankuasa Pelaburan

Dato’ V. Danapalan (Pengerusi, Ahli Bebas)

Dato’ V. Danapalan memiliki ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Awam daripada Pennsylvania State University, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga bersara pada Mac 2006. Sebelum menyertai SKMM, beliau berperanan sebagai Naib Presiden Kanan di Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. Terdahulu daripada itu, beliau merupakan Ketua Setiausaha di Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, jawatan yang dipegangnya dari 1991 hingga 1998. Beliau kini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Malaysia University of Science and Technology (MUST), Multimedia University (MMU), Sirim QAS Sdn. Bhd., Gibraltar BSN Life Insurance, Telekom Malaysia Berhad, Yayasan Maybank dan Lembaga Biasiswa Tun Sambanthan.

Encik Mohammad Aminullah Bin Basir (Ahli Bebas)

Encik Mohammad Aminullah Bin Basir ialah ahli bebas Jawatankuasa Pelaburan Dana. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam hal-ehwal berkaitan skim pelaburan bersama selepas berkhidmat untuk tempoh yang lama di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Encik Aminullah telah bersara sebagai Timbalan Pengurus Besar dan Ketua Produk Pelaburan di bahagian Kewangan Korporat dan Pelaburan, selepas berkhidmat selama 20 tahun dalam bidang yang meliputi pelbagai aspek industri pasaran modal seperti kewangan korporat (termasuk tawaran awam awal, pemerolehan dan penggabungan), skim pelaburan bersama (termasuk dana unit amanah, amanah pelaburan hartanah, dana dagangan bursa, amanah perniagaan) dan skim persaraan swasta. Beliau telah memulakan kerjaya sebagai juruaudit dengan Ivor Barry and Co, sebuah firma Akauntan Berkanun di United Kingdom sebelum pulang ke Malaysia sebagai juruaudit dalaman bersama Sime Darby Berhad. Encik Aminullah ialah Felo Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), dan merupakan Akauntan Berkanun dengan Persatuan Akauntan Malaysia dan ahli bertauliah Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM).

Encik Phuah Eng Chye (Ahli Bebas)

Encik Phuah sebelum ini merupakan pengurus besar kanan dan ketua Jabatan Strategi & Penyelidikan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Untuk tempoh 10 tahun, beliau terlibat dalam projek pembangunan dan pengawalseliaan pasaran modal dan mengetuai pasukan projek yang menyusun Pelan Induk Pasaran Modal 2. Sebelum menyertai SC, beliau merupakan penganalisis bank serantau dengan Dresdner Kleinwort Benson, dan dianggap sebagai salah seorang penganalisis perbankan utama di Asia Tenggara. Beliau juga pernah mengetuai bahagian penyelidikan ekuiti Malaysia bagi PB Securities dan K&N Kenanga, dan pernah menimba pengalaman sebagai remisier, pengurus dana dan wartawan kewangan. Beliau memegang ijazah dalam bidang ekonomi daripada University of Manchester, United Kingdom pada 1981.

Dato’ Mohamad Ayob (Ahli Bebas)

Dato’ Mohamad Ayob ialah penasihat AHAM Asset Management Berhad dari Januari 2016 hingga Disember 2019. Beliau bertanggungjawab untuk menjalin hubungan kerja dan membina jaringan bermanfaat dengan pihak berkuasa kawal selia, badan berkanun dan sekutu industri. Sebelum pelantikan Dato’ Ayob’ dengan AHAM Asset Management Berhad, beliau memainkan peranan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Affin Fund Management Berhad. Beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang pengurusan perbendaharaan dan perbankan pelaburan (termasuk pemulihan korporat dan pasaran modal hutang), selain daripada pengalaman 11 tahun dalam unit amanah dan pengurusan aset. Beliau merupakan pengarah yang dipilih dan ahli jawatankuasa Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia buat 9 tahun berturut-turut. Dato’ Ayob ialah Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal berlesen, dan merupakan graduan University of Hull dengan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), di samping mempunyai ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Malaya.

DEUTSCHE TRUSTEES MALAYSIA BERHAD

AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) telah melantik Deutsche Trustees Malaysia Berhad (“DTMB”) untuk bertindak sebagai pemegang amanah dan penyimpan aset Dana dan untuk melindungi kepentingan Pemegang Unit Dana. Dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab ini, Pemegang Amanah perlu mengambil segala langkah berjaga-jaga dan berwaspada dan perlu bertindak menurut peruntukan Surat Ikatan, Akta dan semua undang-undang dan Garis Panduan yang berkaitan.

Maklumat Latar Belakang

Deutsche Trustees Malaysia Berhad (“DTMB”) ditubuhkan di Malaysia pada 22 Februari 2007 dan memulakan perniagaan pada bulan Mei 2007. Syarikat ini telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, dengan alamat perniagaannya di Tingkat 20, Menara IMC, 8 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. DTMB ialah ahli Deutsche Bank Group (“Deutsche Bank”). Deutsche Bank menyediakan perbankan komersial dan pelaburan, perbankan runcit, perbankan transaksi dan produk dan perkhidmatan pengurusan aset dan kekayaan kepada syarikat korporat, kerajaan, pelabur institusi, perniagaan saiz kecil dan sederhana dan individu persendirian.

HSBC (MALAYSIA) TRUSTEE BERHAD

AHAM Capital telah melantik HSBC (Malaysia) Trustee Berhad untuk menjalankan fungsi perakaunan dan penilaian Dana. Pemegang Amanah ini telah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi maklumat untuk menawarkan perkhidmatan perakaunan dan penilaian kepada pelanggannya. Di bawah terma Perjanjian Perkhidmatan, Pemegang Amanah akan menyimpan rekod yang sewajarnya, dan menjalankan penilaian/penetapan harga harian dan menghantar harga Unit untuk diterbitkan dalam akhbar. Semua yuran dan perbelanjaan yang timbul daripada pelantikan ini tidak dicajkan kepada Dana dan ditanggung sepenuhnya oleh Pengurus seperti yang ditetapkan di bawah Garis Panduan.

Maklumat Latar Belakang

HSBC (Malaysia) Trustee Berhad (No. Syarikat 1281-T), ialah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia sejak 1937 dan berdaftar sebagai syarikat unit amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, dengan alamat berdaftarnya di Tingkat 19, Menara IQ, Lingkaran TRX, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

TMF TRUSTEES MALAYSIA BERHAD

AHAM Capital telah melantik TMF Trustees Malaysia Berhad untuk melaksanakan fungsi perakaunan dan penilaian Dana menerusi perjanjian tahap perkhidmatan. Di bawah terma perjanjian, wakil syarikat pengurusan akan menyenggarakan akaun yang sewajarnya, menjalankan penilaian/penetapan harga harian dan menyediakan harga unit untuk diterbitkan dalam akhbar. Semua yuran dan perbelanjaan yang timbul daripada pelantikan ini tidak dicajkan kepada Dana dan ditanggung sepenuhnya oleh Pengurus seperti yang ditetapkan oleh Garis Panduan.

Maklumat Latar Belakang

Pemegang Amanah ini adalah sebahagian daripada Kumpulan TMF, sebuah penyedia perkhidmatan global bebas dalam sektor amanah & fidusiari. Kumpulan ini mempunyai lebih 125 pejabat di lebih daripada 83 bidang kuasa di serata dunia. TMF Group diasaskan di Malaysia pada 1992 dengan pejabat pertamanya di Pusat Kewangan Perniagaan Antarabangsa Labuan (“IBFC”), menyediakan perkhidmatan amanah dan fidusiari. Pejabat Kuala Lumpur ditubuhkan pada 2003 untuk menyokong pejabat Labuan untuk berkhidmat kepada pelanggan Malaysia dan melaksanakan perniagaan amanah domestik.

MAYBANK TRUSTEES BERHAD

AHAM Capital telah melantik Maybank Trustees Berhad untuk bertindak sebagai penyimpan Dana dan melaksanakan segala penyiasatan wajar dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk melindungi hak dan kepentingan Pemegang Unit. Selain daripada menjadi pemilik sah aset-aset Dana, Pemegang Amanah bertanggungjawab memastikan Pengurus melaksanakan kewajipannya di bawah peruntukan Surat Ikatan dan undang-undang yang berkaitan.

Maklumat Latar Belakang

Maybank Trustees Berhad (“MTB”) (5004-P) ditubuhkan pada 12 April 1963 dan berdaftar sebagai Syarikat Amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 pada 11 November 1963. MTB merupakan salah satu sebuah syarikat amanah pertama untuk menyediakan perkhidmatan amanah dengan matlamat memenuhi keperluan kewangan pelanggan individu dan juga korporat. MTB berpengalaman dalam pentadbiran dana/skim unit amanah sejak 1991.

AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD

AHAM Capital telah melantik AmanahRaya Trustees Berhad sebagai penyimpan Dana dan melindungi kepentingan Pemegang Unit. Syarikat ini perlu melaksanakan segala penyiasatan wajar dan mengambil langkah berjaga-jaya dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya menurut Surat Ikatan, Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 dan undang-undang sekuriti.  Selain itu, ia memastikan Pengurus menguruskan dan mentadbir Dana menurut Surat Ikatan, Garis Panduan SC, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatn 2007 dan undang-undang sekuriti, di samping menjamin rekod yang sewajarnya disimpan bagi semua transaksi, dividen, faedah dan pendapatan yang diterima dan diagihkan berkaitan dengan Dana. Pengurus juga perlu memastikan Pemegang Amanah dimaklumkan sepenuhnya tentang dasar-dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh Pengurus dan juga sebarang perubahan yang dibuat terhadapnya. Juga perlu memastikan akaun diaudit pada akhir setiap tempoh akruan oleh juruaudit dan setiap Pemegang Unit menerima satu salinan akaun tahunan diaudit dalam tempoh dua bulan selepas akhir tahun kewangan.

Maklumat Latar Belakang

AmanahRaya Trustees Berhad (ART) ditubuhkan di bawah undang-undang Malaysia pada 23 Mac 2007 dan berdaftar sebagai syarikat unit amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. ART ialah anak syarikat Amanah Raya Berhad (ARB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan). ART mengambil alih fungsi pemegang amanah korporat ARB dan memanfaatkan pengalaman lebih 50 tahun ARB dalam bidang amanah. ART telah didaftarkan dan diluluskan oleh SC untuk bertindak sebagai pemegang amanah kepada dana-dana unit amanah.

Amanie Advisors Sdn Bhd (''Amanie'') ialah sebuah firma yang menyediakan khidmat nasihat Syariah, perundingan, latihan serta penyelidikan dan pembangunan kepada pelanggan institusi dan korporat yang memberi tumpuan terhadap perkhidmatan kewangan Islam. Amanie ialah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Syarikat ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memenuhi keperluan global bagi input proaktif daripada pakar dan cendekiawan Syariah.  Ini akhirnya akan membolehkan para peserta industri untuk menguruskan dan mencapai matlamat perniagaan dan kewangan masing-masing menurut prinsip Syariah. Amanie juga memberi tumpuan kepada aspek organisasi dalam pembangunan modal insan dalam kewangan Islam di seluruh dunia dengan membawakan pembelajaran berkualiti yang mengikuti perkembangan terkini dan mengambil kira isu-isu tempatan dan global bagi produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Syarikat diterajui oleh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar dan disertai oleh panel perunding yang aktif dan mapan, meliputi segala aspek berkaitan industri perbankan dan kewangan Islam di Malaysia dan juga pasaran global. Buat masa ini pasukan terdiri daripada 20 perunding sepenuh masa yang mewakili profesional yang dinamik dan berpengalaman dengan pelbagai kepakaran termasuk kewangan korporat, perakaunan, pembangunan produk, pendidikan dan undang-undang Syariah. Sejak 2005, Amanie telah  mengumpulkan pengalaman selama 17 tahun dalam peranannya sebagai penasihat unit amanah dan setakat tarikh semasa, Amanie merupakan penasihat Syariah kepada lebih 170 dana.

Tokoh Yang Bertanggungjawab Bagi Hal Ehwal Syariah Dana

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar |­ Penasihat Syariah / Pengerusi Eksekutif

Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar ialah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group. Salah satu daripada syarikat utamanya, iaitu Amanie Advisors, mempunyai pejabat di beberapa bandar raya di peringkat global. Beliau baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah (SAC) Pusat Kewangan Antarabangsa Astana (AIFC), Kazakhstan. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi SAC di Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank, dan Permodalan Nasional Berhad. Tan Sri Dr Daud ialah ahli lembaga Syariah pelbagai institusi kewangan global, antara lain termasuk National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas Najma (Bahrain), Natixis Bank (Dubai), Oasis Asset Management (Afrika Selatan), Noor Islamic Bank (Dubai), Morgan Stanley (Dubai), Sedco Capital (Saudi dan Luxembourg), dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Pada Julai 2019, beliau juga dilantik sebagai Presiden ke-8 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana kemahiran dan pengalaman luasnya berkhidmat kepada universiti tersebut. Sebelum ini jawatan terakhir beliau ialah sebagai Timbalan Naib Canselor. Dalam dunia korporat, Tan Sri menganggotai Lembaga Pengarah Sime Darby Property Berhad dan juga Jawatankuasa Pelaburan PNB. Beliau baru-baru ini telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Beliau juga Penyandang Kursi ketiga dalam Perbankan dan Kewangan Islam Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali Berdaftar (YTI) PNB di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Di samping itu, beliau ialah pengasas bersama Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinb. Pada 2016, beliau menerima “Anugerah Kecemerlangan bagi Sumbangan Luar Biasa dalam Kepimpinan & Khidmat Nasihat Syariah” di Anugerah Sidang Sukuk London dan “Anugerah Penasihat Syariah” di Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A. Beliau telah menerima anugerah “Tokoh Perdana Maulidur Rasul” daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia, sempena sambutan Maulidur Rasul 2014. Di bawah kepimpinannya, Amanie Advisors telah meraih “Anugerah Infrastruktur Ilmu Ekonomi Islam” di Sidang Ekonomi Islam Global, Dubai 2015, oleh Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE dan Pemerintah Dubai, pada Oktober 2015. Beliau menerima ijazah pertama dalam bidang Syariah daripada University of Kuwait pada 1988 dan memperolehi PhD daripada University of St. Andrews, United Kingdom pada 1993. Pada 2002, beliau menamatkan program luaran Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya.

Bilangan dana yang melantik beliau sebagai penasihat: 104

(Perangkaan setakat Jun 2022)

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design