Dana Affin Hwang Aiiman Asia (ex Japan) Growth

Tarikh Pelancaran 14 Disember 2015

Maklumat Dana
Caj & Fi
Prestasi Dana
Muat Turun

Objektif Dana

Dana berusaha mencatatkan peningkatan modal bagi pelabur dengan melabur dalam pelaburan patuh Shariah.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk anda jika anda mahu melabur dalam pelaburan patuh Shariah, mahu memanfaatkan pertumbuhan modal, mempunyai tempoh pelaburan jangka pertengahan hingga panjang, dan/atau sanggup menanggung risiko.

Harga Pelancaran Pelaburan Permulaan Minimum* Pelaburan Tambahan Minimum* Minimum Unit Dipegang* Jumlah Pembelian Semula Minimum
MYR MYR 0.5 MYR 1000 MYR 100 2000 Units 0 Units
*Sila rujuk kepada Prospektus / Memorandum Maklumat untuk maklumat lanjut mengenai Dana.
Pengurus Dana Dilantik Khas

David Ng Kong Cheong – Ketua Pegawai Pelaburan

David Ng menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada 2002 sebagai Ketua Ekuiti dan memegang jawatan Ketua Pegawai Pelaburan pada September 2006. Pada Januari 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan Bersama, sambil mengekalkan jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Pelaburan. Beliau mencerminkan budaya berpandukan pelaburan firma ini.

David bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan portfolio pelanggan menerusi kitaran pasaran berbeza termasuk tempoh ketika wujud ketidakstabilan dan ketidakpastian ketara. Kepimpinannya yang bijaksana dan tegas telah membolehkan Syarikat kekal di hadapan firma setaranya. Dalam tempoh sedekad, beliau telah membina pasukan pelaburan dianggotai hanya empat orang pengurus dana sehingga menjadi sebuah pasukan mantap yang terdiri daripada 46 orang (setakat pada Mei 2020) meliputi bahagian ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Di bawah wawasan dan terajunya, pasukan ini telah berkembang maju daripada memberi tumpuan kepada pasaran domestik kepada keupayaan pelaburan serantau dan rekod pencapaian yang kukuh. Semasa menguruskan Ekuiti Malaysia, beliau menerima anugerah pelaburan buat beberapa tahun berturut-turut daripada dana persaraan terbesar di Malaysia. Beliau juga mengetuai pasukan Ekuiti Asia.

Usaha pasukan pelaburan mencatatkan pulangan lebih tinggi (alfa) bertumpukan pada falsafah pulangan pelaburan mutlak. Beliau menggalakkan pasukannya untuk mengguna pakai perspektif  menyeluruh yang memberi tumpuan bukan sahaja mencari idea yang baik, tetapi sentiasa meneliti sekeliling dan memerhatikan dunia di samping berpandangan jauh.

Beliau menerima dwi ijazah, iaitu Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Monash University di Melbourne, Australia; dan juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau  memulakan kerjaya di sebuah firma guaman ternama sebelum menceburi bidang pengurusan dana untuk berkhidmat di firma pengurusan dana yang disokong oleh bank tempatan pada 1998.

Pengurus Dana Luar Dilantik Khas

AIIMAN, Learn More

Pemegang Amanah

Deutsche Trustees Malaysia Berhad, Learn More

Penasihat Syariah

Amanie Advisors, Learn More

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit Sehingga 6.50% daripada Harga Tawaran Awal sesuatu Kelas dalam Tempoh Tawaran Awal, dan seterusnya, NAB Seunit bagi Kelas tersebut.
Anda boleh merundingkan Caj Jualan lebih rendah.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Tiada
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana ​Affin Hwang AIIMAN Asia (ex Japan) Growth
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang AIIMAN Asia (ex Japan) Growth
Risalah Fakta Dana​ Affin Hwang AIIMAN Asia (ex Japan) Growth
Laporan Interim Dana Affin Hwang AIIMAN Asia (ex Japan) Growth
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang AIIMAN Asia (ex Japan) Growth
Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design