Untuk mencapai pulangan memuaskan dari segi pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam portfolio luas sekuriti dibenarkan dan pelaburan lain yang mematuhi prinsip Shariah.
Dana ini sesuai untuk anda jika anda mahu melabur dalam portfolio pelaburan yang mematuhi keperluan Shariah atau/dan sanggup menerima risiko sederhana.
Harga Pelancaran | Pelaburan Permulaan Minimum* | Pelaburan Tambahan Minimum* | Minimum Unit Dipegang* | Jumlah Pembelian Semula Minimum | |
MYR | MYR 0.5 | MYR 200 | MYR 100 | 200 Units | 0 Units |
Esther Teo Keet Ying – Ketua Pelaburan Pendapatan Tetap
Esther Teo menimba pengalaman pelaburan selama lebih daripada 18 tahun dalam pengurusan dana institusi dan juga unit amanah. Beliau menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada bulan Januari 2004 sebagai pengurus portfolio yang bertanggungjawab terhadap portfolio pendapatan tetap bagi institusi dan dana unit amanah Malaysia. Beliau juga diiktiraf oleh pakar pasaran kewangan Asia, The Asset, sebagai salah seorang pelabur paling berwibawa dalam kategori Bon Ringgit Malaysia dan pelabur paling berwibawa di Malaysia bagi kategori bon Mata Wang G3 Asia. Dana-dana yang diuruskan oleh beliau dan pasukannya sentiasa ditarafkan di antara 5 teratas di Malaysia dan diyakini kerana prestasi dan rekod pencapaian konsisten.
Sebelum bertugas di AHAM Asset Management Berhad, Esther berkhidmat di bahagian pendapatan tetap RHB Asset Management Sdn. Bhd. dengan memegang mandat institusi dan unit amanah. Beliau memulakan kerjaya di KPMG Malaysia sebagai perunding dalam khidmat nasihat kewangan yang mengkhusus dalam penyusunan semula hutang dan pemulihan korporat.
Esther memiliki ijazah Sarjana Muda Perdagangan, mengkhusus dalam bidang Perakaunan dan Kewangan daripada University of Melbourne, dan merupakan seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA).
Lee Pak Seng – Pengurus Portfolio
Pak Seng menyertai AIIMAN Asset Management pada bulan Mac 2019 sebagai Pengurus Portoflio. Beliau mempunyai pengalaman 7 tahun dalam industri pelaburan. Sebelum menyertai AIIMAN, beliau merupakan Pengurus Portfolio di Manulife Asset Management Services Bhd, menguruskan portfolio bertumpukan Malaysia dan juga melakukan penyelidikan dalam sektor Pembuatan, Teknologi, Telekomunikasi dan Utiliti. Pak Seng memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera daripada University of Manchester, United Kingdom.
AIIMAN, Learn More
AMANAHRAYA TRUSTEES BERHAD, Learn More
Amanie Advisors, Learn More
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana. *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit seperti yang ditentukan oleh KWSP. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |