Untuk mencapai peningkatan modal konsisten dalam jangka pertengahan hingga panjang dengan melabur dalam ekuiti dan pelaburan diluluskan lain yang berlandaskan falsafah dan hukum Islam.
Dana ini sesuai untuk anda jika anda pelabur jangka pertengahan hingga panjang, sanggup menanggung risiko, dan mahu mendapatkan pulangan lebih tinggi daripada penanda aras atas pelaburan yang mematuhi keperluan Shariah.
Harga Pelancaran | Pelaburan Permulaan Minimum* | Pelaburan Tambahan Minimum* | Minimum Unit Dipegang* | Jumlah Pembelian Semula Minimum | |
MYR | MYR 0.5 | MYR 1000 | MYR 100 | 500 Units | 0 Units |
David Ng Kong Cheong – Ketua Pegawai Pelaburan
David Ng menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada 2002 sebagai Ketua Ekuiti dan memegang jawatan Ketua Pegawai Pelaburan pada September 2006. Pada Januari 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan Bersama, sambil mengekalkan jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Pelaburan. Beliau mencerminkan budaya berpandukan pelaburan firma ini.
David bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan portfolio pelanggan menerusi kitaran pasaran berbeza termasuk tempoh ketika wujud ketidakstabilan dan ketidakpastian ketara. Kepimpinannya yang bijaksana dan tegas telah membolehkan Syarikat kekal di hadapan firma setaranya. Dalam tempoh sedekad, beliau telah membina pasukan pelaburan dianggotai hanya empat orang pengurus dana sehingga menjadi sebuah pasukan mantap yang terdiri lebih daripada 40 orang meliputi bahagian ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Di bawah wawasan dan terajunya, pasukan ini telah berkembang maju daripada memberi tumpuan kepada pasaran domestik kepada keupayaan pelaburan serantau dan rekod pencapaian yang kukuh. Semasa menguruskan Ekuiti Malaysia, beliau menerima anugerah pelaburan buat beberapa tahun berturut-turut daripada dana persaraan terbesar di Malaysia. Beliau juga mengetuai pasukan Ekuiti Asia.
Usaha pasukan pelaburan mencatatkan pulangan lebih tinggi (alfa) bertumpukan pada falsafah pulangan pelaburan mutlak. Beliau menggalakkan pasukannya untuk mengguna pakai perspektif menyeluruh yang memberi tumpuan bukan sahaja mencari idea yang baik, tetapi sentiasa meneliti sekeliling dan memerhatikan dunia di samping berpandangan jauh.
Beliau menerima dwi ijazah, iaitu Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Monash University di Melbourne, Australia; dan juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau memulakan kerjaya di sebuah firma guaman ternama sebelum menceburi bidang pengurusan dana untuk berkhidmat di firma pengurusan dana yang disokong oleh bank tempatan pada 1998.
AIIMAN, Learn More
HSBC (Malaysia) Trustee Berhad, Learn More
Amanie Advisors, Learn More
Caj Jualan Seunit |
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. |
||||||||
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana (sebelum tolakan Yuran Pengurusan dan Yuran Amanah). | ||||||||
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.07% daripada NAB Dana setahun, tertakluk kepada minimum RM 18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). | ||||||||
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan | ||||||||
Yuran Pertukaran | Tiada | ||||||||
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan | ||||||||
Caj Belian Balik | Tiada |