Menghasilkan kadar pulangan pendapatan yang memuaskan sebagai ganjaran bagi Pemegang Unit dan mencapai pertumbuhan modal
Dana ini sesuai untuk anda jika anda mahu memanfaatkan potensi pulangan lebih tinggi berbanding penanda aras dan sanggup menghadapi turun naik pasaran dan/atau mempunyai tempoh pelaburan jangka pertengahan hingga panjang.
Harga Pelancaran | Pelaburan Permulaan Minimum* | Pelaburan Tambahan Minimum* | Minimum Unit Dipegang* | Jumlah Pembelian Semula Minimum | |
MYR | MYR 1 | MYR 200 | MYR 100 | 100 Units | 0 Units |
Yee Mei Hui – Pengurus Portfolio Kanan (bagi bahagian ekuiti)
Yee Mei Hui menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada bulan Mei 2014. Beliau mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang pelaburan dan 4 tahun dalam bidang audit. Sebelum menyertai AHAM Capital, Mei Hui memainkan peranan sebagai penganalisis kanan di HwangDBS Vickers Research dan UOB KayHian masing-masing untuk tempoh 6 dan 4 tahun – mengkhusus dalam sektor hartanah, REIT, simen, tenaga di Malaysia dan perjudian di peringkat serantau. Mei Hui juga pernah berkhidmat sebagai sekutu kanan di Jabatan Audit dan Asurans di PWC selama 4 tahun, dengan pendedahan kepada pelbagai sektor seperti minyak & gas, utiliti, hartanah, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan.
Mei Hui merupakan Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA) dan juga mempunyai kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Maybank Trustees Berhad, Learn More
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB seunit. *Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah. Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB seunit atau seperti ditentukan oleh KWSP. |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | RM 5.00 setiap pindahan |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |