Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend

Tarikh Pelancaran 8 Disember 2014

Maklumat Dana
Caj & Fi
Prestasi Dana
Muat Turun

Objektif Dana

Dana berusaha memberikan pendapatan berkala* dan pertumbuhan modal kepada pelabur dalam jangka pertengahan hingga jangka panjang. Perhatian: Sebarang perubahan penting kepada objektif pelaburan Dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.
* Pengagihan pendapatan akan dibuat dalam bentuk Unit atau tunai. Sila rujuk kepada “Dasar Pengagihan” untuk butiran lanjut.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk anda jika anda mahu memanfaatkan pertumbuhan modal dalam jangka panjang, mahu mendapatkan agihan pendapatan berkala, dan mempunyai toleransi risiko sederhana.

Tarikh Pelancaran Harga Pelancaran Pelaburan Permulaan Minimum* Pelaburan Tambahan Minimum* Minimum Unit Dipegang* Jumlah Pembelian Semula Minimum
MYR 2014-12-08 MYR 0.5 MYR 1000 MYR 100 2000 Units 2000 Units
EUR 2018-12-24 EUR 0.5 EUR 5000 EUR 1000 10000 Units 10000 Units
SGD 2018-12-24 SGD 0.5 SGD 5000 SGD 1000 10000 Units 10000 Units
GBP 2018-12-24 GBP 0.5 GBP 5000 GBP 1000 10000 Units 10000 Units
USD 2018-12-24 USD 0.5 USD 5000 USD 1000 10000 Units 10000 Units
RMB 2018-12-24 RMB 0.5 CNH 5000 CNH 1000 10000 Units 10000 Units
AUD 2018-12-24 AUD 0.5 AUD 5000 AUD 1000 10000 Units 10000 Units
*Sila rujuk kepada Prospektus / Memorandum Maklumat untuk maklumat lanjut mengenai Dana.
Pengurus Dana Dilantik Khas

David Ng Kong Cheong – Ketua Pegawai Pelaburan

David Ng menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada 2002 sebagai Ketua Ekuiti dan memegang jawatan Ketua Pegawai Pelaburan pada September 2006. Pada Januari 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan Bersama, sambil mengekalkan jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Pelaburan. Beliau mencerminkan budaya berpandukan pelaburan firma ini.

David bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan portfolio pelanggan menerusi kitaran pasaran berbeza termasuk tempoh ketika wujud ketidakstabilan dan ketidakpastian ketara. Kepimpinannya yang bijaksana dan tegas telah membolehkan Syarikat kekal di hadapan firma setaranya. Dalam tempoh sedekad, beliau telah membina pasukan pelaburan dianggotai hanya empat orang pengurus dana sehingga menjadi sebuah pasukan mantap yang terdiri daripada 46 orang (setakat pada Mei 2020) meliputi bahagian ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Di bawah wawasan dan terajunya, pasukan ini telah berkembang maju daripada memberi tumpuan kepada pasaran domestik kepada keupayaan pelaburan serantau dan rekod pencapaian yang kukuh. Semasa menguruskan Ekuiti Malaysia, beliau menerima anugerah pelaburan buat beberapa tahun berturut-turut daripada dana persaraan terbesar di Malaysia. Beliau juga mengetuai pasukan Ekuiti Asia.

Usaha pasukan pelaburan mencatatkan pulangan lebih tinggi (alfa) bertumpukan pada falsafah pulangan pelaburan mutlak. Beliau menggalakkan pasukannya untuk mengguna pakai perspektif  menyeluruh yang memberi tumpuan bukan sahaja mencari idea yang baik, tetapi sentiasa meneliti sekeliling dan memerhatikan dunia di samping berpandangan jauh.

Beliau menerima dwi ijazah, iaitu Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Monash University di Melbourne, Australia; dan juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau  memulakan kerjaya di sebuah firma guaman ternama sebelum menceburi bidang pengurusan dana untuk berkhidmat di firma pengurusan dana yang disokong oleh bank tempatan pada 1998.

Pemegang Amanah

Deutsche Trustees Malaysia Berhad, Learn More

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.85% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Tiada
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana ​Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Prospektus Tambahan Dana ​Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Risalah Maklumat Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Risalah Fakta Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Laporan Interim Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Laporan Tahunan Dana Affin Hwang Select Asia Pacific (ex Japan) Dividend
Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design