Dana AHAM Tactical

Tarikh Pelancaran 

Kelas
Aset

Aset Bercampur

Maksimum 90% Ekuiti
Maksimum 90% Pendapatan Tetap
Saiz Dana pada

Nilai Aset Bersih pada

Maklumat Dana
Caj & Fi
Prestasi Dana
Muat Turun

Objektif Dana

Untuk mendapatkan pulangan stabil dan menjana pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga jangka panjang dalam campuran aset terpelbagai.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk anda jika anda mahu memanfaatkan pulangan daripada trend pergerakan kedua-dua kelas aset, mahu mengambil kesempatan daripada peristiwa pasaran dalam jangka pendek dan/atau mahu meraih potensi peningkatan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang.
Harga Pelancaran Pelaburan Permulaan Minimum* Pelaburan Tambahan Minimum* Minimum Unit Dipegang* Jumlah Pembelian Semula Minimum
MYR MYR 0.25 MYR 200 MYR 100 400 Units 400 Units
*Sila rujuk kepada Prospektus / Memorandum Maklumat untuk maklumat lanjut mengenai Dana.
Pengurus Dana Dilantik Khas
Esther Teo Keet Ying – Ketua Pelaburan Pendapatan Tetap Esther Teo menimba pengalaman pelaburan selama lebih daripada 18 tahun dalam pengurusan dana institusi dan juga unit amanah. Beliau menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada bulan Januari 2004 sebagai pengurus portfolio yang bertanggungjawab terhadap portfolio pendapatan tetap bagi institusi dan dana unit amanah Malaysia. Beliau juga diiktiraf oleh pakar pasaran kewangan Asia, The Asset, sebagai salah seorang pelabur paling berwibawa dalam kategori Bon Ringgit Malaysia dan pelabur paling berwibawa di Malaysia bagi kategori bon Mata Wang G3 Asia. Dana-dana yang diuruskan oleh beliau dan pasukannya sentiasa ditarafkan di antara 5 teratas di Malaysia dan diyakini kerana prestasi dan rekod pencapaian konsisten. Sebelum bertugas di AHAM Asset Management Berhad, Esther berkhidmat di bahagian pendapatan tetap RHB Asset Management Sdn. Bhd. dengan memegang mandat institusi dan unit amanah. Beliau memulakan kerjaya di KPMG Malaysia sebagai perunding dalam khidmat nasihat kewangan yang mengkhusus dalam penyusunan semula hutang dan pemulihan korporat. Esther memiliki ijazah Sarjana Muda Perdagangan, mengkhusus dalam bidang Perakaunan dan Kewangan daripada University of Melbourne, dan merupakan seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Yee Mei Hui – Pengurus Portfolio Kanan (bagi bahagian ekuiti) Yee Mei Hui menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada bulan Mei 2014. Beliau mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang pelaburan dan 4 tahun dalam bidang audit. Sebelum menyertai AHAM Capital, Mei Hui memainkan peranan sebagai penganalisis kanan di HwangDBS Vickers Research dan UOB KayHian masing-masing untuk tempoh 6 dan 4 tahun  – mengkhusus dalam sektor hartanah, REIT, simen, tenaga di Malaysia dan perjudian di peringkat serantau. Mei Hui juga pernah berkhidmat sebagai sekutu kanan di Jabatan Audit dan Asurans di PWC selama 4 tahun, dengan pendedahan kepada pelbagai sektor seperti minyak & gas, utiliti, hartanah, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan. Mei Hui merupakan Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA) dan juga mempunyai kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
Pemegang Amanah
AmanahRaya Trustees Berhad, Learn More
**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB Dana, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan RM 5.00 setiap pindahan
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana AHAM Tactical
Risalah Maklumat Dana AHAM Tactical
Risalah Fakta Dana AHAM Tactical
Laporan Tahunan Dana AHAM Tactical
Laporan Interim Dana AHAM Tactical
Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design