Dana AHAM Growth

(dahulu dikenali sebagai Dana Affin Hwang Growth)

Tarikh Pelancaran 28 Jun 2011

Maklumat Dana
Caj & Fi
Prestasi Dana
Muat Turun

Objektif Dana

Untuk menjana pertumbuhan modal dalam jangka pertengahan hingga panjang menerusi pelaburan terpelbagai dalam ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Profil Pelabur

Dana ini sesuai untuk anda jika anda mempunyai tempoh pelaburan jangka pertengahan hingga panjang dan/atau mahu mendapatkan pulangan lebih tinggi berbanding penanda aras dan sanggup menerima risiko turun naik pasaran.

Harga Pelancaran Pelaburan Permulaan Minimum* Pelaburan Tambahan Minimum* Minimum Unit Dipegang* Jumlah Pembelian Semula Minimum
MYR MYR 0.25 MYR 200 MYR 100 400 Units 400 Units
*Sila rujuk kepada Prospektus / Memorandum Maklumat untuk maklumat lanjut mengenai Dana.
Pengurus Dana Dilantik Khas

Yee Mei Hui – Pengurus Portfolio Kanan (bagi bahagian ekuiti)

Yee Mei Hui menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada bulan Mei 2014. Beliau mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang pelaburan dan 4 tahun dalam bidang audit. Sebelum menyertai AHAM Capital, Mei Hui memainkan peranan sebagai penganalisis kanan di HwangDBS Vickers Research dan UOB KayHian masing-masing untuk tempoh 6 dan 4 tahun  – mengkhusus dalam sektor hartanah, REIT, simen, tenaga di Malaysia dan perjudian di peringkat serantau. Mei Hui juga pernah berkhidmat sebagai sekutu kanan di Jabatan Audit dan Asurans di PWC selama 4 tahun, dengan pendedahan kepada pelbagai sektor seperti minyak & gas, utiliti, hartanah, pembinaan, perdagangan dan perkhidmatan.

Mei Hui merupakan Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA) dan juga mempunyai kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Pemegang Amanah

AmanahRaya Trustees Berhad, Learn More

**Maklumat dana di atas adalah terjemahan daripada Prospektus versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Prospektus versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad.
Caj Jualan Seunit Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit.
*Pelabur boleh merundingkan caj lebih rendah.
Caj Jualan bagi pelabur yang membeli Unit menerusi EMIS adalah terhad kepada caj maksimum 3.0% daripada NAB Seunit atau seperti yang ditentukan oleh KWSP.
Yuran Pengurusan
Tahunan
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana.
Yuran Pemegang
Amanah / Yuran
Penyimpan
Sehingga 0.08% setahun daripada NAB, tertakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pindahan Sehingga 0.08% setahun daripada NAB dana, terakluk kepada minimum RM18,000 setahun (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing).
Yuran Pertukaran Tiada
Yuran Prestasi
dan Nilai Rintangan
Tidak Berkenaan
Caj Belian Balik Tiada
Prospektus Dana AHAM Growth
Risalah Maklumat Dana AHAM Growth
Risalah Fakta Dana AHAM Growth
Laporan Interim Dana AHAM Growth
Laporan Tahunan Dana AHAM Growth
Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design