Risiko Internet

Walaupun AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad), Registration No: 199701014290 (429786-T) berhasrat untuk mengekalkan tahap keselamatan tertinggi untuk menjamin keselamatan maklumat yang disediakan, terdapat risiko yang di luar kawalan kami. Pengguna mungkin terdedah kepada risiko yang dikaitkan dengan kegagalan perkakasan dan perisian. Justeru, pengguna hendaklah maklum dan memperakui risiko yang terbabit apabila melakukan sebarang transaksi dan membuat pertanyaan di dalam talian.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna seharusnya sentiasa memastikan bahawa komputer peribadi yang digunakan selamat dan terlindung daripada akses tidak sah dan/atau virus yang mungkin mendedahkan maklumat sulit kepada pihak ketiga. Pengguna seharusnya berwaspada terhadap penipuan e-mel dan lampiran yang mungkin cuba mendapatkan maklumat peribadi menerusi cara tidak sah. Perhatian bahawa sebarang komunikasi menerusi laman web adalah bukan melalui pautan peribadi atau terlindung atau dalam bentuk enkripsi dan dengan itu terdedah kepada bahaya am komunikasi Internet. AHAM Capital tidak boleh menjamin bahawa komunikasi ini tidak dipintas atau diubah secara tidak sah.

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design