Pelaburan ahli Lembaga Tabung Angkatan Tentera (“LTAT”) dalam dana unit amanah diberikan secara percuma menerusi pembayaran bonus khas berdasarkan perkiraan caruman ahli sepanjang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia. Walau bagaimanapun, pemberian ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan tahunan LTAT.
Ahli LTAT tidak dibenarkan membuat penjualan-balik dana unit amanah sebelum tamat perkhidmatan atau bersara.
Selepas tamat perkhidmatan atau bersara, anda mempunyai empat (4) pilihan iaitu:
Anda boleh tebus pelaburan, sama ada sebahagian atau sepenuhnya
Anda boleh tambahkan pelaburan anda dengan pembelian tambahan Dana Unit Amanah
Anda boleh terus kekalkan pelaburan anda dengan kami dan mengembangkan nilai pelaburan
Anda boleh tukar dana daripada Dana Konvensional kepada Dana Patuh Shariah, atau pindahmilik dana anda kepada waris terdekat