Soalan Lazim

Bagaimanakah saya memiliki pelaburan Dana Unit Amanah dengan AHAM Asset Management Berhad ("AHAM Capital") (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad)?

Ianya merupakan sebahagian daripada pembayaran dividen tahunan LTAT yang diberi dalam bentuk Dana Unit Amanah dan diklasifikasikan sebagai Bonus Khas. Jumlah pembayaran dividen tahunan ini bergantung kepada prestasi kewangan semasa LTAT.

Pelaburan Dana Unit Amanah ini dibeli oleh LTAT bagi pihak pencarum wajib/sukarela dan diberikan secara percuma semasa berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia.

AHAM Capital merupakan syarikat pengurusan Dana Unit Amanah yang dilantik oleh LTAT untuk menguruskan dana unit amanah untuk pencarum-pencarum LTAT.

Apa itu Dana Unit Amanah?

Dana Unit Amanah dilaburkan ke dalam portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap, dan aset-aset lain sepertimana yang digariskan di dalam surat ikatan amanah serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pelaburan tersebut akan diuruskan oleh syarikat pengurusan Dana Unit Amanah – AHAM Capital, dan ianya tertakluk kepada surat ikatan amanah, dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan.

Sejak bilakah Dana Unit Amanah diberikan kepada anggota tentera?

Pemberian Dana Unit Amanah bermula pada tahun 2001.

Apakah manfaat pelaburan Dana Unit Amanah? 
  1. Mampu Milik: Kebanyakan Dana Unit Amanah hanya memerlukan modal yang minimum, ini membolehkan para pelabur melabur mengikut kemampuan sendiri.
  2. Kepelbagaian: Pelabur berpeluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam pelbagai kelas aset, sektor-sektor, dan mata wang yang berbeza berbanding pelaburan perseorangan. Selain itu, pelabur juga dapat mengurangkan risiko pelaburan.
  3. Kemudahan Transaksi: Pelaburan dalam Dana Unit Amanah adalah mudah dan ringkas jika dibandingkan dengan pelaburan langsung dalam sekuriti atau aset.
  4. Kecairan: Ia merupakan pelaburan mudah cair. Pemegang unit boleh menjual sebahagian atau kesemua unit mereka pada bila-bila hari urus niaga dan bayaran akan dilunaskan dalam tempoh 10 hari bekerja.
  5. Pengurusan Profesional: Pengurusan Dana Unit Amanah diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana profesional yang melakukan penyelidikan ekonomi dan korporat secara mendalam serta mengenal pasti peluang-peluang pelaburan, supaya para pelabur seperti anda boleh melabur tanpa sebarang kebimbangan.
Bagaimanakah cara membuat semakan pelaburan Dana Unit Amanah saya?
  1. Sila klik SINI untuk membuat semakan pelaburan secara layan diri.
    *Nota: Sila lihat gambaran dibawah sebagai panduan.
  2. Atau, hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 80 1188 atau emelkan maklumat anda (Nama PenuhNo. Kad Pengenalan, No. TenteraNo.Telefon dan Tarikh Tamat Perkhidmatan) kepada khidmatpelanggan@aham.com.my.
Saya telah cuba membuat semakan pelaburan secara layan diri melalui pautan yang diberikan, namun masih gagal. Apakah yang harus saya lakukan?

Kebiasaannya punca kegagalan utama dalam semakan adalah daripada kesalahan ejaan nama anda mengikut sistem kami.

Sila semak semula dan pastikan ejaan Bin/ Binti ditukar seperti contoh dibawah:

  1. AZLAN BIN JAMAL kepada AZLAN B. JAMAL atau AZLAN B JAMAL
  2. FATIMAH BINTI ABU kepada FATIMAH BTE ABU atau FATIMAH BT ABU

*Nota: Sila lihat gambaran dibawah sebagai panduan.

Kurang pasti? Sila tonton video Semakan Pelaburan Dana Unit Amanah.

Sekiranya anda masih mempunyai masalah untuk membuat semakan pelaburan, sila emelkan maklumat anda (Nama PenuhNo. Kad PengenalanNo. TenteraNo. Telefon dan Tarikh Tamat Perkhidmatan) kepada khidmatpelanggan@aham.com.my.

Apakah pilihan yang saya boleh lakukan dengan pelaburan Dana Unit Amanah tersebut?

*Nota: Setiap pilihan adalah tertakluk kepada harga nilai asset bersih harian.

Bolehkah saya melakukan pindaan / jualan balik dana unit amanah LTAT tertentu dan menyimpan unit amanah yang berprestasi baik?

Pindaan/jualan balik dana unit amanah LTAT hanya boleh dilakukan selepas anda tamat perkhidmatan/bersara. Proses ini boleh dilakukan di mana-mana cawangan AHAM Capital. Anda juga diberi pilihan untuk meneruskan pelaburan anda untuk simpanan hari tua.

Sila dapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai kami bagi membantu anda dalam membuat keputusan yang bijak.

Saya ingin menjual pelaburan dana unit amanah. Apakah syarat untuk membuat penjualan balik Dana Unit Amanah saya?
  1. Pastikan anda telah tamat perkhidmatan/berhenti dari perkhidmatan dengan ATM.
  2. Bagi pencarum sukarela, anda boleh membuat penjualan balik Dana Unit Amanah setelah caruman ke dalam akaun caruman LTAT dihentikan.
  3. Pastikan anda telah terima “Surat Pemberian Dana Unit Amanah” daripada pihak LTAT.
Saya telah bersara dan bercadang untuk membuat penjualan balik Dana Unit Amanah saya. Apakah yang perlu saya lakukan?

Langkah 1 – Sila klik SINI  untuk membuat semakan pelaburan secara layan diri, atau hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 80 1188.

Langkah 2 – Sila pastikan semua dokumen yang tertera dibawah dilengkapkan dan dibawa semasa membuat pemohonon:

Langkah 3 – Lengkapkan borang ‘Quick Form’ bagi mengelakkan sebarang kesulitan dimasa hadapan.

Dimanakah saya boleh membuat urusan penjualan balik Dana Unit Amanah?

Penjualan balik Dana Unit Amanah boleh dilakukan di mana-mana cawangan AHAM Capital, Affin Bank atau cawangan Affin Bank yang berdekatan.

Dimanakah lokasi-lokasi cawangan AHAM Capital?

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

Bilakah saya akan mendapat pembayaran setelah membuat permohonan penjualan balik?

Tempoh pembayaran akan mengambil masa selama sepuluh (10) hari selepas pihak AHAM Capital menerima semua dokumen diperlukan dengan lengkap. Maklumat borang dan dokumen yang diperlukan boleh didapati di bahagian Muat Turun

Tempoh pembayaran yang akan dilakukan bagi setiap dana adalah seperti berikut:

Nama Dana Kategori Pelaburan Tempoh Bayaran Balik (Hari)
Dana Equity Dalam Negara T+3
Dana Aiiman Balanced Dalam Negara T+3
Dana Bond Dalam Negara T+3
Dana Aiiman Equity Dalam Negara T+3
Dana Principled Growth Dalam Negara T+3
Dana Tactical Dalam Negara T+3
Dana Growth Dalam Negara T+3
Dana Aiiman Growth Dalam Negara T+3
Dana Select Asia Pacific Ex Japan Dividend Luar Negara T+5
Dana Aiiman Asia Ex Japan Growth Luar Negara T+6

*Nota:
(T hari) merujuk kepada tarikh perdagangan/urusan samada jual/beli
(+3) merujuk kepada tarikh penyelesaian/pembayaran transaksi wang tunai dan sekuriti berlaku

Mengapakah jumlah jualan balik yang tertera di dalam Surat Pemberian LTAT tidak sama dengan jumlah jualan balik yang disalurkan ke dalam bank akaun saya?

Jumlah yang tertera di dalam Surat Pemberian Dana Unit Amanah daripada LTAT adalah jumlah asal pelaburan yang diberikan kepada anda. Ianya diberikan didalam perkiraan jumlah unit pelaburan, bukan didalam nilai Ringgit Malaysia (RM).

Manakala, jumlah penjualan balik yang disalurkan ke dalam bank akaun anda adalah merujuk kepada jumlah keseluruhan (jumlah asal dicampur dengan dividen yang dibayar) dan dikira dalam nilai aset bersih dana (RM) mengikut tarikh jualan yang dilakukan.

Contoh pengiraan jumlah jualan balik:

Dana Affin Hwang Equity Fund

Jumlah Unit Pegangan Harga Seunit (Nilai Aset Bersih) Nilai Jumlah Pelaburan yang dibayar (berdasarkan nilai aset bersih harian)
15,433.00 unit RM 0.5187 RM 8,005.10
(15,433.00 unit x RM 0.5187)
Bolehkah saya meneruskan pelaburan atau menambah pelaburan sedia ada walaupun saya telah tamat perkhidmatan/ berhenti dari perkhidmatan dengan LTAT?

Ya. Anda digalakkan untuk meneruskan serta menambah pelaburan Dana Unit Amanah dengan AHAM Capital untuk mengembangkan simpanan masa depan anda.

Sila hubungi kami di talian 1300 80 1188 atau emel khidmatpelanggan@aham.com.my

Bolehkah saya mengemaskini maklumat peribadi saya sebelum bersara?

Kemaskini maklumat melalui AHAM Capital hanya dibenarkan selepas anda tamat perkhidmatan/bersara daripada ATM.

Malah, sebarang penukaran / kemaskini maklumat peribadi sebelum tamat perkhidmatan hanya boleh dilakukan melalui Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), atau pejabat LTAT (kemaskini maklumat adalah terhad atau yang berkenaan sahaja).

Bagaimanakah waris boleh membuat tuntutan pelaburan sekiranya anggota / persara yang memiliki Dana Unit Amanah ini telah meninggal dunia.

Sila hubungi pejabat AHAM Capital di talian 1300 80 1188, bagi membuat semakan terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat yang berdekatan.

Pewaris boleh membuat tuntutan di mana-mana cawangan AHAM Capital yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Sijil Kematian
  2. Surat Kuasa Mentadbir Harta daripada Amanah Raya/ Mahkamah Tinggi /Akta Pusaka Kecil daripada Pejabat Tanah (Borang E & Borang F)
  3. Kad Pengenalan Pentadbir Harta
  4. Buku Bank/ Penyata Akaun Bank Pentadbir Harta
Apakah Surat Kuasa Mentadbir?

Adalah perintah pembahagian dan pentadbiran harta pusaka yang terletak di bawah bidangkuasa agensi Persekutuan seperti Amanah Raya Berhad, Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian dan Mahkamah Tinggi Sivil bagi menentukan waris/pentadbir yang berhak menerima harta pusaka si mati.

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design
chevron-down