1.1 Di AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”), kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang di Malaysia.
1.2 AHAM Capital hanya akan mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang (termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010), Notis Privasi ini dan/atau terma privasi dalam apa-apa perjanjian yang anda mungkin telah atau akan meterai bersama AHAM Capital.
1.3 Notis Privasi ini menjelaskan:
Apa jenis maklumat peribadi yang kami kumpul dan bagaimana kami mengumpulnya;
Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi anda;
Pihak-pihak yang kami dedahkan dengan maklumat peribadi anda;
Pilihan yang kami tawarkan, termasuk bagaimana untuk mengakses dan mengemaskini maklumat peribadi anda.
1.4 Untuk tujuan Notis Privasi ini, sila maklum bahawa:
“Kumpulan AHAM Capital” merujuk kepada AHAM Capital, pemegang sahamnya, subsidiari-subsidiarinya, syarikat induknya, syarikat berkaitannya atau syarikat bersekutunya (istilah “syarikat berkaitan” dan “syarikat bersekutu” adalah seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016 dan Piawaian Perakaunan Malaysia masing-masing, atau perundangan setara di bidang kuasa asing), sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
“Maklumat Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda (bagi individu) dan/atau individu relevan dalam organisasi anda (bagi syarikat) dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butiran perhubungan, maklumat kewangan, butiran akaun, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan serta maklumat lain yang diperlukan berkenaan diri anda, individu relevan dalam organisasi anda dan/atau transaksi anda bersama kami. Untuk mengelakkan kekeliruan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai kepada maklumat peribadi individu.
1.5 Dengan membekalkan maklumat peribadi anda kepada kami, anda dianggap bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi tersebut selaras dengan Notis Privasi ini.
1.6 Sekiranya anda merupakan sebuah korporasi yang membekalkan maklumat peribadi pengarah, pemegang saham dan/atau pegawai anda kepada kami, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan persetujuan mereka dan membawa Notis Privasi ini kepada perhatian pengarah, pemegang saham dan/atau pegawai berkenaan yang maklumat peribadi mereka telah atau akan anda bekalkan kepada kami.
2.0 Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpul dan Cara Kami Mengumpulnya
2.1 Untuk membolehkan kami mengurus pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun untuk anda dan/atau menyediakan produk serta perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin perlu dan/atau dikehendaki untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan (iaitu “memproses”) maklumat peribadi dan maklumat kewangan mengenai anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
maklumat peribadi bagi tujuan pengesahan identiti dan latar belakang anda;
maklumat peribadi bagi menilai kedudukan kewangan dan tahap kebolehpercayaan kredit anda (jika diperlukan); dan/atau
maklumat peribadi yang anda berikan apabila memohon mana-mana produk atau perkhidmatan kami.
2.2 Kami mungkin memperoleh maklumat ini daripada anda dan daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
melalui hubungan anda dengan kami, contohnya maklumat yang anda berikan dalam borang permohonan, semasa menggunakan produk atau perkhidmatan kami, ketika mengambil bahagian dalam tinjauan pelanggan, pertandingan atau promosi, serta semasa semakan semula;
melalui komunikasi lisan atau bertulis antara anda dengan kami dan/atau ejen yang diberi kuasa oleh kami;
daripada pihak ketiga yang berkaitan dengan anda, seperti majikan, pemegang akaun bersama atau wakil yang diberi kuasa;
daripada analisis mengenai cara anda menggunakan dan mengurus akaun/pelaburan anda dengan kami, termasuk transaksi yang anda lakukan dan bayaran yang dibuat kepada atau daripada akaun/pelaburan anda;
daripada maklumat yang berada dalam domain awam;
daripada Biro Kredit Bank Negara Malaysia, agensi pelaporan kredit, pengawal selia dan agensi kerajaan; dan/atau
daripada sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan untuk pendedahan maklumat berkaitan anda dan/atau yang tidak disekat oleh mana-mana undang-undang atau peraturan.
3.0 Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi Anda
3.1 Kami boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:
menilai permohonan anda bagi produk dan/atau perkhidmatan kami;
mengurus dan menyelenggara akaun dan/atau pelaburan anda bersama kami;
mengurus perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;
memahami dengan lebih baik keperluan pelaburan semasa dan masa depan anda serta keadaan kewangan anda;
menyediakan maklumat kepada anda dan/atau memasarkan produk, perkhidmatan dan tawaran Kumpulan AHAM Capital yang mungkin menarik minat anda;
menambah baik produk dan perkhidmatan kami serta membangunkan produk dan perkhidmatan baharu;
memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan;
mengendalikan tawaran, pertandingan dan promosi;
menjalankan tinjauan berkaitan hubungan anda dengan kami atau produk/perkhidmatan semasa atau akan datang;
menjawab pertanyaan dan aduan anda;
mengemaskini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami;
menghasilkan data, laporan dan statistik yang dianonimkan atau diagregatkan tanpa mengenal pasti anda sebagai individu;
menjalankan penyelidikan untuk tujuan analitik termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perlombongan data dan analisis transaksi anda bersama kami;
memenuhi keperluan pendedahan di bawah mana-mana undang-undang atau kontrak yang mengikat Kumpulan AHAM Capital;
bagi tujuan audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
menilai risiko kewangan dan insurans;
memindahkan hak dan obligasi kami di bawah mana-mana perjanjian dengan anda;
melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan semula apa-apa hutang yang terhutang kepada kami;
melaksanakan semakan pencegahan penggubahan wang haram;
bagi tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
bagi mana-mana tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang, peraturan atau garis panduan; dan/atau
bagi tujuan lain yang bersampingan, berkaitan atau perlu bagi melaksanakan tujuan-tujuan di atas.
3.2 Kami akan mendapatkan persetujuan anda sebelum menggunakan maklumat peribadi anda bagi apa-apa tujuan lain selain daripada yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini dan terma privasi dalam mana-mana perjanjian anda dengan AHAM Capital.
4.0 Pendedahan Maklumat Peribadi Anda
4.1 Dalam penyediaan produk dan perkhidmatan kami kepada anda serta pengurusan dan/atau pengoperasiannya, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (setakat yang diperlukan) kepada pihak ketiga berikut:
Kumpulan AHAM Capital termasuk pengarah, pegawai dan wakil penjual;
syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen dan/atau penasihat profesional kami;
syarikat dan/atau organisasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada kustodian, pemegang amanah, pengedar dan broker) yang membantu kami dalam memproses dan/atau memenuhi transaksi yang diminta oleh anda;
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami menyediakan perkhidmatan nilai tambah yang anda minta;
penasihat AHAM Capital (termasuk tetapi tidak terhad kepada akauntan, juruaudit, peguam, penasihat kewangan, perunding atau penasihat profesional lain);
pedagang dan rakan strategik AHAM Capital;
mana-mana individu yang anda maklumkan sebagai pihak yang diberi kuasa untuk memberi arahan atau menggunakan akaun/pelaburan atau produk/perkhidmatan bagi pihak anda;
mana-mana pihak ketiga berikutan pengambilalihan atau penjualan mana-mana syarikat oleh AHAM Capital;
mana-mana agensi penarafan atau rujukan;
mana-mana institusi kewangan, pedagang, penanggung insurans, broker insurans atau penyedia perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung;
mana-mana individu yang terlibat dalam penguatkuasaan atau pelindungan hak kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
mana-mana penyedia perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, tertakluk kepada kawalan keselamatan maklumat yang mencukupi;
badan kawal selia seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia Securities Berhad, rumah penjelasan dan badan kawal selia lain yang mempunyai pengawasan ke atas kami dan aktiviti kami;
mana-mana pihak lain yang pendedahannya diperlukan oleh undang-undang, keperluan pengawalseliaan atau menurut perintah mahkamah, tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang terpakai ke atas AHAM Capital, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
4.2 Pada semua masa tertakluk kepada undang-undang (termasuk peraturan-peraturan, garis-garis panduan dan/atau kewajipan-kewajipan) yang merujuk kepada AHAM Capital (sama ada di dalam atau di luar Malaysia).
4.3 Kami akan menganggap maklumat peribadi anda sebagai sulit dan peribadi, dan tidak akan mendedahkan maklumat tersebut kepada sesiapa di luar Kumpulan AHAM Capital kecuali:
jika anda memberikan kebenaran dan/atau persetujuan;
jika kami diperlukan atau dibenarkan berbuat demikian oleh undang-undang;
jika diarahkan atau dibenarkan oleh perintah mahkamah;
jika berkaitan dengan pemindahan hak dan obligasi di bawah mana-mana perjanjian; dan/atau
jika kami diperlukan untuk memenuhi kewajipan kami kepada mana-mana pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan (contohnya Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bursa Malaysia Securities Berhad) dan/atau di bawah sesuatu kontrak.
5.0 Pendedahan untuk Tujuan Pemasaran dan Aktiviti Promosi Lain
5.1 Selain itu, entiti dalam Kumpulan AHAM Capital mungkin menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan dan tawaran yang kami percaya mungkin menarik minat anda atau memberi manfaat kewangan kepada anda.
5.2 Anda boleh memaklumkan kami pada bila-bila masa sekiranya anda tidak mahu menerima komunikasi pemasaran daripada kami atau daripada mana-mana entiti dalam Kumpulan AHAM Capital dengan memaklumkan pegawai cawangan atau pegawai yang mengendalikan akaun/fasiliti anda. Arahan bertulis terkini anda akan diguna pakai.
5.3 Sila ambil perhatian bahawa sesetengah komunikasi seperti penyata akaun dan maklumat pada laman web kami mengandungi maklumat standard mengenai produk dan perkhidmatan kami yang tidak boleh dikeluarkan tanpa menjejaskan penyampaian atau penyediaan perkhidmatan dan/atau produk kami, pengendalian akaun dan/atau fasiliti anda, dan/atau menyebabkan kos tambahan kepada anda.
5.4 Berhubung dengan pedagang pihak ketiga atau rakan strategik kami, sila ambil perhatian bahawa kami hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda (yang tidak termasuk maklumat berkaitan akaun anda) kepada pedagang dan rakan strategik tersebut sekiranya anda memilih untuk menerima komunikasi pemasaran tersebut dengan melengkapkan borang persetujuan yang disediakan di semua cawangan kami, dan tertakluk pada setiap masa kepada mana-mana undang-undang (termasuk peraturan, garis panduan dan/atau kewajipan) yang terpakai kepada Kumpulan AHAM Capital.
6.0 Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
6.1 Maklumat peribadi anda adalah aset kami dan oleh itu AHAM Capital memberi keutamaan yang tinggi terhadap keselamatan maklumat peribadi anda. Kami secara berkala menyemak dan melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang terkini semasa memproses maklumat peribadi anda.
6.2 Pekerja AHAM Capital dilatih untuk mengendalikan maklumat peribadi dengan selamat dan secara sulit. Kegagalan mematuhi keperluan ini boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan disiplin.
6.3 Kami juga mengenakan pematuhan terhadap Notis Privasi ini ke atas ejen, penyedia perkhidmatan pihak ketiga, perunding, pengedar dan penasihat profesional kami. Langkah ini bertujuan memastikan maklumat peribadi anda dilindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahan, pendedahan atau kemusnahan yang tidak dibenarkan atau tidak disengajakan.
7.0 Pengekalan Maklumat Peribadi
7.1 AHAM Capital akan mengekalkan maklumat peribadi anda selaras dengan Notis Privasi ini dan/atau terma serta syarat dalam perjanjian anda dengan AHAM Capital:
bagi tempoh hubungan anda dengan kami;
bagi tempoh yang perlu untuk melindungi kepentingan AHAM Capital dan/atau pelanggan kami walaupun hubungan anda dengan kami telah ditamatkan;
apabila dikehendaki oleh undang-undang; dan/atau
apabila dikehendaki oleh dasar AHAM Capital yang berkaitan.
8.0 Sekiranya Maklumat Peribadi Anda Tidak Lengkap
8.1 Jika dinyatakan sebagai maklumat wajib, anda perlu memberikan maklumat peribadi tersebut kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda enggan memberikan maklumat peribadi yang wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan atau permintaan anda, atau menyediakan atau terus menyediakan produk atau perkhidmatan kami kepada anda.
9.0 Hak Anda Untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda
9.1 Mengakses Maklumat Peribadi Anda
Anda boleh mengakses maklumat peribadi anda yang dipegang oleh AHAM Capital dengan membuat permintaan kepada pegawai yang mengendalikan akaun anda dan/atau pegawai kaunter hadapan, tertakluk kepada bayaran fi pemprosesan yang berkaitan. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk menyediakan kepada anda salinan maklumat peribadi yang diminta dalam tempoh 21 hari selepas menerima permintaan dan bayaran fi tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa AHAM Capital mungkin perlu menahan pemberian akses kepada maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu — contohnya apabila identiti anda tidak dapat disahkan, apabila maklumat yang diminta bersifat sulit dari segi perdagangan, atau apabila kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda tentang sebab kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.
9.2 Membetulkan / Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda
Jika maklumat peribadi yang dipegang oleh kami adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau, jika berkenaan, tidak terkini, anda boleh membuat permintaan untuk membetulkan maklumat tersebut.
b. Anda juga boleh membantu kami memastikan maklumat peribadi anda (contohnya alamat surat-menyurat semasa) sentiasa terkini supaya kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda.
c. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memenuhi permintaan pembetulan atau pengemaskinian maklumat peribadi anda dalam tempoh 21 hari selepas menerima permintaan bertulis anda.
d. Sila ambil perhatian bahawa AHAM Capital mempunyai budi bicara sama ada untuk membenarkan permintaan pembetulan/pengemaskinian anda, dan kami mungkin meminta dokumen sokongan lanjut berkaitan maklumat baharu tersebut bagi mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.
9.3 Melaksanakan Pilihan Anda Berhubung Pendedahan dan Penggunaan Maklumat Peribadi Anda
Tertakluk kepada hak dan kewajipan kontrak serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan, anda boleh melaksanakan pilihan anda berhubung pendedahan, pengekalan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, sila hubungi pegawai yang mengendalikan akaun anda atau kemukakan pertanyaan atau aduan anda kepada Pegawai Privasi kami seperti dinyatakan dalam klausa 4 di bawah.
b. Jika anda tidak ingin menerima bahan pemasaran/pengiklanan/promosi daripada kami, anda berhak untuk meminta kami menghentikan penghantaran bahan tersebut. Permintaan ini boleh dibuat melalui e-mel kepada pegawai hubungan yang dinyatakan di bawah.
9.4 Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, kebimbangan atau aduan mengenai Notis Privasi ini atau cara kami mengendalikan maklumat peribadi anda, sila hubungi:
Orang Hubungan yang Dilantik
Pegawai Privasi
Alamat Surat
Aras Bawah, Menara Boustead, 69, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
10.1 Notis Privasi kami mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Apabila dikemas kini, versi baharu akan dipaparkan di laman web kami www.aham.com.my dan/atau dikomunikasikan kepada anda melalui saluran yang sesuai. Jika anda terus menggunakan produk/perkhidmatan kami selepas kemas kini, anda dianggap telah bersetuju menerima perubahan tersebut.