Kelebihan Dana Unit Amanah
Mampu Milik
Kebanyakan dana unit amanah hanya memerlukan modal pelaburan yang minimum, ini membolehkan para pelabur melabur mengikut kemampuan sendiri.
Kepelbagaian
Pelabur berpeluang untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam pelbagai kelas aset, sektor-sektor, dan mata wang yang berbeza berbanding pelaburan perseorangan. Selain itu, pelabur juga dapat mengurangkan risiko pelaburan!
Kemudahan Transaksi
Pelaburan dalam dana unit amanah adalah mudah dan ringkas jika dibandingkan dengan pelaburan langsung dalam sekuriti atau aset.
Kecairan
Dana unit amanah merupakan pelaburan mudah cair. Pemegang unit boleh menjual sebahagian atau kesemua unit mereka pada bila-bila hari urus niaga dan bayaran akan dilunaskan dalam tempoh 10 hari.
Pengurusan Profesional
Pengurusan dana unit amanah diuruskan oleh sekumpulan pengurus dana profesional yang melakukan penyelidikan ekonomi dan korporat secara mendalam serta mengenal pasti peluang-peluang pelaburan. Kini, anda boleh melabur secara mudah dan tenang!