Penafian

Laman web ini mengandungi maklumat am sahaja dan tidak dianggap sebagai nasihat profesional. Pengisiannya tidak mengambil kira objektif, situasi kewangan dan keperluan khusus mana-mana orang tertentu dan adalah berasaskan maklumat yang diperolehi daripada sumber yang dianggap boleh dipercayai. AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad), Registration No: 199701014290 (429786-T) tidak membuat sebarang pernyataan tentang ketepatan atau kelengkapan maklumat, secara khususnya, AHAM Capital tidak menyatakan atau menjamin maklumat, perisian, produk dan perkhidmatan di laman ini tidak akan mengalami gangguan atau bebas daripada kesilapan, bahawa kepincangan akan dibetulkan, atau perkhidmatan atau server yang menyediakannya adalah bebas daripada virus atau komponen berbahaya lain. AHAM Capital tidak menjamin atau menyatakan bahawa hasil penggunaan laman web atau bahan yang disediakan di dalam ini adalah betul, tepat, lengkap, tepat pada masanya dan boleh dipercayai atau tidak.

Pelaburan dalam produk kewangan yang disebut dalam laman web ini bukan bertujuan untuk dijadikan penyelesaian pelaburan lengkap. Bakal pelabur hendaklah mempertimbangkan dengan teliti sama ada produk sesuai untuk mereka berasaskan seluruh portfolio pelaburan masing-masing – termasuk keadaan dan sumber kewangan mereka. Pelaburan dalam mana-mana produk kewangan yang disebutkan dalam laman web ini mempunyai risiko dan mungkin tidak sesuai bagi mereka yang tidak sanggup menanggung risiko sedemikian. Pelabur hendaklah merujuk kepada prospektus atau memorandum maklumat yang berkenaan bagi risiko asas melabur dalam produk kewangan.

Dalam apa jua keadaan AHAM Capital tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, punitif, berkaitan, khas, turutan atau sebarang apa jua bentuk ganti rugi, termasuk tetapi tidak terhad kepada ganti rugi bagi kehilangan penggunaan, data atau keuntungan yang timbul daripada atau dalam sebarang cara berhubung dengan penggunaan atau prestasi laman web ini, kelewatan atau kegagalan untuk menggunakan laman web ini, penyediaan atau kegagalan menyediakan perkhidmatan, atau bagi sebarang maklumat, perisian, produk, perkhidmatan dan grafik berkaitan yang diperolehi menerusi laman web ini, sama ada berasaskan kontrak, tort, liabiliti ketat atau selainnya. Jika anda tidak berpuas hati dengan mana-mana bahagian laman web ini atau mana-mana terma penggunaan, satu-satunya remedi khusus anda adalah untuk menghentikan penggunaan laman web.

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design