Mengenai Kami

AHAM Asset Management Berhad ("AHAM Capital") merupakan sebuah firma pengurusan aset dan kekayaan serta anak syarikat kepada Amova Asset Management, sebuah firma pengurusan aset global yang beribu pejabat di Jepun dan merupakan sebahagian daripada Sumitomo Mitsui Trust Group.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2001, AHAM Capital telah memenuhi keperluan pengurusan kekayaan pelanggan korporat, institusi, dana pencen, individu bernilai bersih tinggi serta pelabur runcit menerusi pelbagai penyelesaian pelaburan merangkumi ekuiti, pendapatan tetap, pelbagai aset dan pelaburan alternatif.

AIIMAN Asset Management Sdn. Bhd. ("AIIMAN") merupakan cabang pelaburan patuh Syariah milik penuh AHAM Capital. Ditubuhkan pada tahun 2008, AIIMAN menawarkan penyelesaian pelaburan patuh Syariah yang menyeluruh merangkumi ekuiti dan sukuk kepada dana pencen, institusi, syarikat korporat serta pelabur individu.
Matlamat kami hanyalah satu, iaitu untuk membantu pelanggan kami membina kekayaan mereka. Dan hanya dengan amanah mereka, kami dapat buat demikian.
- Dato’ Teng Chee Wai, Pengarah Urusan

Struktur Pegangan Saham Kami

Pengkhususan Kami

Kami mengkhusus dalam penyelesaian tersesuai dan melabur dalam ekuiti, bon, pasaran wang, produk berstruktur dan instrumen pelaburan lain untuk menjana pulangan kepada pelanggan kami. Tawaran produk kami termasuk:
Dana Unit Amanah
Dana Pembekal
Dana Patuh Shariah
Penyelesaian Pengurusan Tunai
Mandat Persendirian
Penyelesaian Pengurusan
Kekayaan Lain

Penyelesaian pelaburan Shariah

Penyelesaian pelaburan Shariah kami disediakan menerusi anak syarikat milik penuh dan cabang pelaburan Islam kami, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web AIIMAN.

Ada pertanyaan mengenai Pelaburan?​

Hubungi Kami​
Copyright © 2025 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design