Notis Transaksi

Untuk sebarang transaksi yang dibenarkan oleh Prospektus / Memorandum Maklumat / Dokumen Pendedahan tetapi tidak disediakan menerusi kemudahan i-Access seperti tawaran unit, pemindahan atau tempoh bertenang, pengguna boleh melaksanakan transaksi ini dengan mengemukakan borang permohonan fizikal kepada Ibu Pejabat kami atau mana-mana pusat pengedaran kami yang dinyatakan dalam direktori Pejabat Jualan yang terkandung dalam Prospektus / Memorandum Maklumat / Dokumen Pendedahan. Sila rujuk kepada Prospektus / Memorandum Maklumat / Dokumen Pendedahan untuk butiran lanjut tentang prosedur bagi transaksi Unit atau anda juga boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di 1300-80-1188 (8:45pg hingga 5:30ptg – Isnin hingga Jumaat).

Jika pemohon memohon unit dalam dana dan satu prospektus tambahan / prospektus gantian atau dokumen pendedahan tambahan / dokumen pendedahan gantian dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti untuk pendaftaran sebelum pengeluaran atau pemindahan unit kepada pemohon, maka pemohon akan diberi peluang untuk menarik balik permohonannya dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan notis pendaftaran prospektus tambahan/ prospektus gantian atau dokumen pendedahan tambahan / dokumen pendedahan gantian. Permohonan untuk unit dalam dana tidak boleh ditarik balik apabila prospektus tambahan / prospektus gantian atau dokumen pendedahan tambahan / dokumen pendedahan gantian telah didaftarkan selepas pengeluaran atau pemindahan unit kepada pemohon.

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design