Penafian Transaksi

AHAM Asset Management Berhad (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) (No. Pendaftaran 199701014290 (429786-T)) ("AHAM Capital”) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan tempat perniagaannya terletak di Tingkat Bawah, Menara Boustead, 69 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. AHAM Capital menawarkan kepada Pelabur dan/atau Pemegang Unit/ (seterusnya dirujuk sebagai "anda") sebuah kemudahan berasaskan web untuk membantu anda menguruskan pelaburan Unit Amanah, iaitu kemudahan web atau untuk menjalankan transaksi dalam talian.

BAHAWASANYA Pengguna berhasrat untuk menggunakan Kemudahan yang ditawarkan oleh AHAM Capital dan bersetuju dengan terma dan syarat berikut:

DEFINISI

“Dana" bermaksud mana-mana dana yang ditubuhkan dan/atau diuruskan oleh AHAM Capital di mana anda adalah Pelabur kepada Dana tersebut.

“Transaksi Dalam Talian" bermaksud Pemegang Unit dapat menjalankan transaksi penebusan dalam talian menerusi Portal ini.

“Akaun Peribadi" bermaksud akaun anda yang disenggarakan oleh AHAM Capital yang anda boleh capai menerusi Portal ini.

“SC" bermaksud Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993.

“Unit" bermaksud ukuran hak atau kepentingan Pemegang Unit dalam Dana dan bermaksud Unit (termasuk pecahan Unit) Dana.

“Pemegang Unit" bermaksud peserta yang merupakan pemegang berdaftar buat waktu ini bagi Unit mana-mana Dana khusus.

“Kemudahan Web" bermaksud kemudahan dalam talian yang disediakan oleh laman web ini untuk Pemegang Unit menyemak maklumat pelaburan termasuk Unit yang dipegang, sejarah transaksi dan lain-lain.

SIAPA YANG BOLEH MENGGUNAKAN PORTAL

Hanya Pemegang Unit mana-mana Dana khusus layak untuk menggunakan Kemudahan Web atau menjalankan Transaksi Dalam Talian.

PERKHIDMATAN

Anda juga dibenarkan menjalankan urusan berikut menerusi Portal ini:

    1. Kemudahan Web

Kemudahan ini membolehkan anda menyemak Akaun Peribadi anda berhubung dengan sejarah transaksi dan Unit yang kini anda pegang.

    1. Transaksi Dalam Talian

Tertakluk kepada sebarang had yang mungkin dikenakan oleh AHAM Capital atau SC, anda boleh membuat permintaan untuk menebus Unit anda. Anda mesti mematuhi kandungan dokumen Dana (sama ada surat ikatan, prospektus atau memorandum maklumat) sebelum Transaksi Dalam Talian dilaksanakan.

KUASA PELAKSANAAN

Anda dengan ini memberikan dan akan terus memberikan kuasa kepada AHAM Capital untuk bertindak menurut permintaan anda.

Semasa melaksanakan permintaan anda, anda memperakui bahawa AHAM Capital tidak diwajibkan mahupun dikehendaki bertanya tentang kesahihan permintaan anda.

Anda diingatkan bahawa permintaan yang dibuat menggunakan Portal ini tidak semestinya menghasilkan proses yang lebih pantas.

PERNYATAAN OLEH PENGGUNA
  1. Anda hendaklah pada setiap masa, tertakluk kepada mana-mana terma dan syarat yang dikaitkan dengan penggunaan Portal ini.
  2. Anda bersetuju bahawa AHAM Capital berhak untuk meminta anda membuat pengesahan secara lisan atau faks bagi apa-apa permintaan menggunakan Portal ini dan/atau sebarang maklumat tambahan berkaitan apa-apa permintaan.
  3. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan dan kerahsiaan maklumat peribadi anda dan sebarang pendedahannya adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
  4. Anda hendaklah bertanggungjawab bagi antivirus PC dan langkah-langkah keselamatan anda sendiri untuk membantu mencegah capaian tanpa izin menerusi Portal ini kepada akaun peribadi anda dan AHAM Capital tidak bertanggungjawab bagi sebarang capaian tanpa izin.
TIADA LIABILITI

Sila ambil perhatian bahawa AHAM Capital secara nyata menafikan sebarang liabiliti bagi ganti rugi secara langsung, tidak langsung, punitif, berkaitan, khas, turutan atau sebarang bentuk ganti rugi, tanpa had tidak terhad kepada ganti rugi bagi kehilangan penggunaan, data atau keuntungan yang timbul daripada atau dalam sebarang cara berhubung dengan penggunaan atau prestasi Portal ini, dengan kelewatan atau kegagalan untuk menggunakan Portal ini, penyediaan atau kegagalan menyediakan perkhidmatan, atau bagi sebarang maklumat, perisian, produk, perkhidmatan dan grafik berkaitan yang diperolehi menerusi Portal ini, atau perkara selainnya yang timbul daripada penggunaan Portal, sama ada berasaskan kontrak, tort, liabiliti ketat atau selainnya. Kerugian ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian harta benda, wang atau selainnya.

HARTA INTELEKTUAL

Sila ambil perhatian bahawa Portal ini dimiliki oleh AHAM Capital dan dilindungi oleh hak cipta, paten, tanda dagang atau sebarang undang-undang hak milik intelektual lain. Anda TIDAK dibenarkan untuk menghasilkan semula, menghantar, menjual, memaparkan, mengedarkan, menerbitkan menyiarkan, mengedar, mengubah suai, menyebarkan atau mengeksploitasi secara komersial maklumat tersebut dalam apa jua bentuk.

PERATURAN, KETETAPAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL

Anda berjanji untuk mematuhi dan bersetuju untuk terikat dengan semua undang-undang yang berkuat kuasa dan keperluan berkanun dan juga berusaha mematuhi untuk memastikan pematuhan kepada syarat dan peraturan yang berkenaan.

KERAHSIAAN

AHAM Capital hendaklah memastikan maklumat berkaitan anda menggunakan Portal ini sebagai sulit, dengan syarat bahawa AHAM Capital hendaklah berhak untuk mendedahkan maklumat tersebut atau butiran berkaitan anda kepada mana-mana pihak berkuasa berkanun atau selainnya yang diperlukan di bawah undang-undang.

PRIVASI

Sila baca Notis Privasi AHAM Capital yang boleh didapati di laman web korporatnya.

AHAM Capital hendaklah tidak menjual atau memasarkan sebarang maklumat peribadi atau data peribadi Penggunanya kepada mana-mana organisasi yang tidak bersekutu. AHAM Capital hendaklah menyimpan maklumat peribadi dan data Pengguna mengikut piawaian keselamatan dan kerahsiaan yang ketat.

Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design