Konsep Dana Unit Amanah

Dana unit amanah atau umum dikenali sebagai ‘Unit Trust Scheme’ merupakan instrumen pelaburan secara kolektif yang mengumpul modal pelabur dalam sebuah dana yang diuruskan oleh pengurus dana professional.

Dana tersebut akan melabur dalam portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain seperti mana yang diluluskan dalam surat ikatan serta Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti untuk Dana Unit Amanah.

Dana unit amanah membentuk satu perhubungan antara pemegang unit, pemegang amanah sebagai badan bebas dan syarikat pengurusan. Perhubungan ini dikawal selia daripada segi undang-undang oleh surat ikatan yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Sekuriti.

Ada pertanyaan mengenai Pelaburan?​

Hubungi Kami​
Copyright © 2022 AHAM Capital | All Rights Reserved | Website Powered by Cleverus Web Design