Dana unit amanah dan dana borong yang disiarkan di dalam laman web ini ditawarkan oleh AHAM Asset Management Berhad ("AHAM Capital") (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) untuk individu dan institusi di Malaysia dan hanya disediakan dan ditawarkan di Malaysia.
Dana-dana ini telah diluluskan oleh, dan prospektus / memorandum maklumat telah didaftarkan dan/atau diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab terhadap kandungannya. Prospektus / memorandum maklumat tidak harus dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau usaha mencari pelanggan untuk membeli unit dalam dana kepada mana-mana orang di mana-mana bidang kuasa, di mana tawaran, usaha mencari pelanggan, pembelian atau jualan tersebut adalah tidak sah di bawah undang-undang sekuriti atau undang-undang berkaitan bagi bidang kuasa tersebut. Sebarang penerbitan unit yang berkaitan dengan prospektus / maklumat hanya dibuat selepas menerima permohonan yang dirujuk kepada dan diiringi satu salinan prospektus.
Pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan prospektus / memorandum maklumat dan perjanjian tambahan kepadanya (jika ada) sebelum melabur. Antara lain, pelabur harus mempertimbangkan yuran dan caj terbabit. Harga unit dan agihan yang perlu dibayar (jika ada) mungkin turun dan juga naik. Sekiranya ragu-ragu, sila hubungi seorang penasihat profesional.
Perhatian bahawa Prospektus dan Prospektus Tambahan (jika ada) dan Memorandum Maklumat juga disediakan dalam bentuk fizikal di semua cawangan dan pusat pengedaran kami. Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan lanjut, sila hubungi kami menerusi Talian Tanpa Tol kami di 1800-88-7080 atau Talian Am di 03-2116 6000. Anda juga boleh menghantar e-mel ke
[email protected] untuk mengemukakan permintaan atau pertanyaan anda.
Bahan Litigasi: Menurut tarikh praktik terkini (LPD), AHAM Capital tidak terlibat dalam sebarang bahan litigasi atau timbang tara, termasuk yang belum selesai atau yang diancam, dan AHAM Capital tidak mengetahui sebarang fakta yang mampu menimbulkan sebarang prosiding yang mungkin akan menjejaskan bahan perniagaan/kedudukan kewangan AHAM Capital.