Dana berusaha menjana aliran pendapatan yang konsisten untuk pelabur, di samping menghasilkan peningkatan modal dalam jangka panjang.
Perhatian: Sebarang perubahan penting kepada objektif pelaburan dana memerlukan kelulusan Pemegang Unit.
Dana ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang masih berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia
Harga Pelancaran | Pelaburan Permulaan Minimum* | Pelaburan Tambahan Minimum* | Minimum Unit Dipegang* | Jumlah Pembelian Semula Minimum | |
MYR | MYR 0.5 | MYR 100 | MYR 50 | 50 Units | 50 Units |
David Ng Kong Cheong – Ketua Pegawai Pelaburan
David Ng menyertai AHAM Asset Management Berhad (“AHAM Capital”) (dahulu dikenali sebagai Affin Hwang Asset Management Berhad) pada 2002 sebagai Ketua Ekuiti dan memegang jawatan Ketua Pegawai Pelaburan pada September 2006. Pada Januari 2018, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Urusan Bersama, sambil mengekalkan jawatan dan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Pelaburan. Beliau mencerminkan budaya berpandukan pelaburan firma ini.
David bertanggungjawab menjaga kepentingan dan mengendalikan portfolio pelanggan menerusi kitaran pasaran berbeza termasuk tempoh ketika wujud ketidakstabilan dan ketidakpastian ketara. Kepimpinannya yang bijaksana dan tegas telah membolehkan Syarikat kekal di hadapan firma setaranya. Dalam tempoh sedekad, beliau telah membina pasukan pelaburan dianggotai hanya empat orang pengurus dana sehingga menjadi sebuah pasukan mantap yang terdiri lebih daripada 40 orang meliputi bahagian ekuiti dan instrumen pendapatan tetap. Di bawah wawasan dan terajunya, pasukan ini telah berkembang maju daripada memberi tumpuan kepada pasaran domestik kepada keupayaan pelaburan serantau dan rekod pencapaian yang kukuh. Semasa menguruskan Ekuiti Malaysia, beliau menerima anugerah pelaburan buat beberapa tahun berturut-turut daripada dana persaraan terbesar di Malaysia. Beliau juga mengetuai pasukan Ekuiti Asia.
Usaha pasukan pelaburan mencatatkan pulangan lebih tinggi (alfa) bertumpukan pada falsafah pulangan pelaburan mutlak. Beliau menggalakkan pasukannya untuk mengguna pakai perspektif menyeluruh yang memberi tumpuan bukan sahaja mencari idea yang baik, tetapi sentiasa meneliti sekeliling dan memerhatikan dunia di samping berpandangan jauh.
Beliau menerima dwi ijazah, iaitu Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan) dan Sarjana Muda Undang-Undang daripada Monash University di Melbourne, Australia; dan juga seorang Penganalisis Kewangan Berkanun (CFA). Beliau memulakan kerjaya di sebuah firma guaman ternama sebelum menceburi bidang pengurusan dana untuk berkhidmat di firma pengurusan dana yang disokong oleh bank tempatan pada 1998
TMF Trustees Malaysia Berhad, Learn More
Caj Jualan Seunit | Sehingga 5.50% daripada NAB Seunit Dana. *LTAT boleh merundingkan caj lebih rendah. Nota: Semua Caj Jualan akan dibundarkan hingga dua (2) tempat perpuluhan |
Yuran Pengurusan Tahunan |
Sehingga 1.50% setahun daripada NAB Dana. |
Yuran Pemegang Amanah / Yuran Penyimpan |
Sehingga 0.06% setahun daripada NAB Dana, (tidak termasuk yuran dan caj penyimpan asing). |
Yuran Pindahan | Tiada |
Yuran Pertukaran | Tiada |
Yuran Prestasi dan Nilai Rintangan |
Tidak Berkenaan |
Caj Belian Balik | Tiada |